Tetapi Yefta menjawab mereka, “Aku dan pasukanku terlibat dalam peperangan yang hebat melawan bani Amon. Akan tetapi, apabila aku memanggilmu, kamu tidak datang untuk menyelamatkan aku daripada tangan mereka. Apabila kulihat bahawa engkau tidak datang menyelamatkanku, aku pertaruhkan nyawaku lalu pergi melawan bani Amon itu, dan TUHAN menyerahkan mereka ke dalam tanganku. Mengapa pada hari ini kamu mendatangi aku untuk berperang melawan aku?” Hakim-Hakim 12:2-3 Konsapatan dan selamat menyambut Krismas, hari ini kita belajar tema "Datang menyelamat aku" Bab 12 kitab Hakim-Hakim bersambung kisah Yefta pahlawan yang gagah perkasa melawan bani Amon hanya bersama kaum Gilead, tiada kaum lain yang menolong, termasuk suku Efraim (ay.1). Walaupun Yefta memanggil mereka untuk turut berperang (ay.2). Tetapi selepas Yefta bersama kaum Gilead menang dalam peperangan itu, suku Efraim marah pula dan mahu berperang dengan kaum Gilead (ay.1), bukan pula datang menyelamat ketika perang. Ada sesetengah orang yang seperti itu dalam kehidupan kita, orang yang paling diharapkan datang menyelamat itulah pula yang datang menyerang secara diam atau terang-terangan. Tetapi kalau kita benar TUHAN pasti menolong kita. Semoga Tuhan Yesus sudah datang menyelamatkan aku datang juga menyelamat anda. Doa: Tuhan Yesus terima kasih kerana datang menyelamat kami. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 25.12.2025. Merry Christmas.

Comments

Popular Posts