Sesudah peristiwa-peristiwa itu, Yosua anak Nun, hamba TUHAN itu meninggal pada usia seratus sepuluh tahun. Dia dimakamkan di daerah harta pusakanya, iaitu di Timnat-Serah, pergunungan Efraim, di sebelah utara Gunung Gaas.
Orang Israel beribadat kepada TUHAN sepanjang umur Yosua dan sepanjang umur para tua-tua yang hidup lebih lama daripada Yosua, dan yang mengetahui segala perbuatan yang dilakukan TUHAN bagi orang Israel.
Yosua 24:29-31
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Yosua anak Nun, hamba TUHAN itu meninggal"
Bab 24 kitab Yosua penutup ucapan perpisahan Yosua di hadapan semua suku, ketua-ketua suku, para hakim dan para pengawainya di Sikhem (ay.1), mungkin ada yang menarik di Sikhem yang membuatkan Yosua memilih tempat itu, sebelum ini di Gilgal dan Silo sebagi tempat dia bertemu dengan rakyat.
Dalam pertemuan itu satu janji setia kepada TUHAN telah dibuat yang ditandai oleh tugu berupa batu besar didirikan bawah pokok oak tempat suci TUHAN.
Yosua juga menulis ketetapan hukum yang mengikat janji rakyat kepada TUHAN bahawa mereka hanya beribadah-Nya (ay.25).
Begitulah Yosua meneguhkan iman rakyat sebelum Yosua anak Nun hamba TUHAN meninggal pada usia seratus sepuluh tahun (ay.29).
Kita tidak tahu bila kita meninggal, sudahkah kita memberi pesan rohani kepada anak cucu kita supaya hanya beribadah kepada Tuhan Yesus sahaja.
Semoga kita seperti Yousa anak Nun hamba TUHAN itu meninggal setelah mengikat rakyat agar hanya beribadah kepada TUHAN sahaja.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya sebelum meninggal dapat mengikat keluarga kami hanya beribadah kepada-Mu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Cyber City 2 Penampang 13.12.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment