Kolose 4:1 (AVB) Kamu sekalian yang menjadi tuan, berilah apa yang adil dan wajar kepada hamba-hambamu, kerana kamu tahu bahawa kamu pun mempunyai Tuan di syurga. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Berilah apa yang adil dan wajar kepada hamba-hambamu" Bab 4 surat Kolose ialah penutup surat, ada beberapa nama disebut oleh Paulus ada yang dijanjikan dihantar ke jemaah Kolose iaitu Tikhikus dan Onesimus (ay.7-9). Onesimus seorang hamba yang disuruh Paulus pulang kepada tuannya di Kolose iaitu tuan Felimon (surat Felimon). Selain itu nama Markus sepupuh Barnabas pun akan ke Kolose atas arahan pihak lain mungkin ada jemaah atau individu yang menyuruh dia ke sana (ay.10). Paulus juga berpesan agar surat Kolose ini dibaca juga di jemaah Laodikia (ay.16). Nama Epafras juga ada disebut dia asal dari Kolose (ay.12) dialah yang disebut oleh para sarjana pendiri jemaah Kolose. Paulus menulis surat Kolose ketika dia dalam penjara (ay.18). Teologi hamba dalam tulis Paulus memang ada tetapi tidak ada satu pun yang kearah teologi penghapusan perhambaan, berbanding zaman kita perhambaan suatu kesalahan, Paulus lebih kepada hubungan yang baik, adil dan berperikemanusiaan kepada para hamba dan hamba pula setia dan berbuat baik kepada tuannya. Paulus juga menganggap dirinya hamba kepada Kristus sudah tentu hamba menurut maksud hamba pada masa itu. Mari kita belajar berilah yang adil dan wajar kepada hamba-hambamu, dalam konteks kita kepada para pekerja kita. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 27.2.2025.

Comments

Popular Posts