Kolose 2:5-7 (AVB) Sungguhpun tubuhku tiada di sisimu, namun rohku tetap bersamamu, dan aku sukacita kerana melihat keadaanmu yang teratur rapi dan imanmu yang kukuh dalam Kristus. Oleh sebab kamu telah menerima Kristus Yesus sebagai Tuhan, hiduplah melangkah dalam Dia, berasas dan terbina dalam-Nya serta bertapak teguh dalam iman, sebagaimana kamu telah diajar, penuh melimpah dengan kesyukuran. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Teratur rapi dan imanmu yang kukuh dalam Kristus" Bab 2 surat Kolose berkisar tentang peringatan Paulus terhadap pengajar yang menggunakan falsafah, tipu daya dan ajaran adat manusia bukan menurut ajaran Kristus (ay.8), antara yang mereka ajarkan tentang perlu sunat (ay.11) merayakan hari tertentu, Sabat, makanan dan minuman yang tidak boleh (ay.16). Bagi Paulus mereka yang dalam Kristus sudah sempurna tidak perlu lagi adat atau peraturan seperti itu (ay.10) Walaupun Paulus tidak pernah bertemu dengan jemaah Kolose dan tidak ada rancangan pun mahu bertemu dengan mereka tetapi hati Paulus bergolak bersukacita kerana mendengar khabar keadaan jemaah yang teratur rapi dan iman yang kukuh dalam Kristus (ay.1,5). Dalam pelayanan memang kita akan mengalami kekaguman terhadap seseorang atau satu jemaah yang pada mulanya tidak pernah diberi perhatian tetapi muncul dengan semangat melayani yang kuat dan penuh kasih, seperti jemaah Kolose mungkin Paulus tidak berminat pun singgah menginjil di sana tetapi terdengar hasil yang mengembirakan. Siapakah agaknya yang telah memberitakan Injil di sana? dalam bab seterusnya akan diketahui. Mari kita belajar bahawa ada jemaah yang teratur rapi dan imanmu yang kukuh dalam Kristus tanpa kita sangkah atau harapkan sebab pekerja Roh Kudus. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 25.2.2025.

Comments

Popular Posts