Efesus 2:4-6 (AVB) Namun Allah, yang kaya dengan belas kasihan, kerana kasih-Nya yang amat besar kepada kita, walaupun ketika kita telah mati disebabkan kesalahan kita, telah menghidupkan kita bersama Kristus – kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya. Allah telah membangkitkan kita bersama Kristus Yesus, serta mendudukkan kita bersama-Nya di syurga, Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Dibangkitan bersama Kristus Yesus" Bab 2 surat Efesus masih berkisar tentang teologi predistenasi dan teologi keselamatan, kali ini kita sudah predistenasi berbuat baik (ay.10) rupanya berbuat baik pun sudah ditentukan oleh TUHAN menurut Paulus. Teologi keselamatan pula kerana kasih kurnia melalui iman bukan dengan perbuatan amal, jangan ada yang bermegah kata Paulus (ay.8-9). Kita sebelum ini sebenarnya sudah mati kerana kesalahan / dosa tetapi kerana kasih kurnia dihidupkan bersama Kristus (ay.5), bukan itu saja dibangkitan juga dari kematian bersama Kristus Yesus dan mendudukkan kita bersama-Nya di syurga (ay.6). Betapa beruntung kita yang ada di dalam Yesus Kristus yang sudah ditentukan mengalami semua ini. Baik Yahudi (bersunat) dan bukan Yahudi (tidak bersunat) disatukan, Kristus telah meruntuhkan dinding pemisahan dan perseteruan (ay.14). Sebab itu semua orang dapat menghampiri Bapa dan dengan satu Roh (ay.18). Kesatuan itu sudah kita amalkan dalam gereja. Mari kita belajar bahawa kita sudah ditentukan oleh TUHAN membangkitan kita bersama Kristus Yesus. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 15.2.2025.

Comments

Popular Posts