2 Korintus 11:2-3 (AVB) Aku cemburu terhadapmu dengan cemburu ilahi; kerana aku telah menunangkan kamu dengan Kristus dan ingin menyerahkanmu kepada-Nya sebagai anak dara yang suci. Tetapi aku takut kalau-kalau fikiranmu akan dicemari sebagaimana Hawa telah diperdaya oleh ular dengan kepintarannya, sehingga kamu berpaling daripada kesetiaanmu yang murni kepada Kristus. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menunangkan kamu dengan Kristus" Bab 11 surat 2 Korintus berkisar tentang bela diri Paulus dan pasukannya terhadap para rasul palsu yang menganggap rasul yang ungul (ay.5), mereka berbangga kerana keturunan Ibrani, orang Israel dan keturunan Abraham (ay.22). Tetapi Paulus memenangkan dirinya dengan penderitaan yang dia alami, pernah disebat oleh orang Yahudi 40 sebat dan 4 kali disebat seperti itu (ay.24), 3 kali dipukul dengan tongkat, sekali direjam dan 3 kali mengalami kapal karam, sehari semalam terkatung-katung di laut (ay.25) tidak pasti di mana kejadian karam itu. Tiada yang dapat bertahan dalam penderitaan kalau rasul palsu. Paulus juga agak romantik sebab mengibaratkan jemaah Korintus dia tunangkan dengan Tuhan Yesus (ay.2), mirip cara penceritaan kitab Wahyu (Why. 21:9), begitu juga kitab Nyanyian Agung (Kidung Agung) ditafsir kisah romantik dalam kitab itu kiasan hubungan Kristus dengan gereja. Tinggal lagi jemaah Korintus jangan sesekali tergoda dengan ular seperti Hawa (ay.3) iaitu para rasul palsu itu. Mari kita belajar bahawa jemaah kita sekarang seperti jemaah Korintus, Paulus katakan sudah menunangkan kamu dengan Kristus. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 5.2.2025.

Comments

Popular Posts