2 Korintus 9:6-7 (AVB) Ingatlah firman ini: Orang yang menyemai sedikit akan menuai sedikit, dan orang yang menyemai banyak akan menuai banyak.
Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menyemai banyak menuai banyak" Bab 9 surat 2 Korintus berkisar tentang pemberian kepada orang salih (ay.1), kita faham itu merujuk kepada jemaah di Yerusalem seperti yang di sebut dalam bab 8. Gaya hidup makmur jemaah Yerusalem seperti yang disebut dalam kitab Kisah Para Rasul Bab 4 (Kis. 4:32-37) tidak bertahan lama, tidak pasti kenapa terjadi demikian, mungkin mereka tidak bekerja lagi untuk menyara keluarga atau ada kemarau panjang, wabak dan sebagainya.
Paulus begitu bersemangat mengumpulkan derma dari jemaah di Korintus dan sekali lagi membandingkan dengan jemaah Makedonia agar mereka tidak dimalukan oleh orang Makedonia dalam memberi derma (ay.2-4).
Teknik seperti ini masih gereja gunakan untuk mengesah jemaah memberi, tidak salah tinggal lagi derma mesti sampai kepada sasaran dan ada bukit diterima oleh mereka. Mungkin sebab itulah Paulus pergi ke Yerusalem untuk menyerahkan sendiri wang derma itu, walaupun kita tahu dia hampir dibunuh di sana kerana salah faham antara penganut agama Yahudi (Kis. 21:27-36), tidak pasti dia sempat memberi wang derma itu atau tidak atau orang lain yang menyampaikan. Teologi memberi Paulus ibarat menyemai banyak, banyak pula menuai (ay.6) dan memberi biarlah setulus hati (ay.7). Janganlah pula di salah faham atau motivasi yang salah menganggap memberi kerana berharap mendapat balasan lebih banyak, itu bukan lagi setulus hati, tetapi ada niat lain.
Mari kita belajar menyemai banyak menuai banyak dalam erti setulus hati.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
3.2.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment