Filipi 1:7-8 (AVB) Wajarlah aku memikirkan demikian tentang kamu semua kerana kamu sentiasa dalam hatiku. Kamu juga turut mendapat kasih kurnia Allah bersamaku, baik dalam hal aku dipenjarakan ini mahupun dalam mempertahankan dan meneguhkan Injil. Allah menjadi saksiku bahawa aku amat merindui kamu dengan kasih Kristus Yesus. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Aku amat merindui kamu" Bab 1 surat Filipi berkisar tentang ucapan salam Paulus kepada jemaah Filipi, jemaah pertama di Eropha istemewa bagi Paulus kerana didirikannya (Kis.16:12). Paulus menyatakan kerinduan kepada jemaah Filipi walaupun hanya beberapa minggu bersama dengan mereka tetapi ikatan emosi Paulus sangat kuat terhadap jemaah ini. Mungkin sebab pelayanan mereka membuahkan hasil dengan cepat di sana walaupun pun Paulus dan Silas di dera secara fizikal oleh askar kerana hasutan orang ramai (Kis.16:13-40). Ikatan emosi seperti perasaan rindu kepada jemaah adalah kekuatan pelayanan kita, mungkin wujud kerana kita diterima, kampung halaman kita, pernah jatuh cinta dengan seseorang sehingga menjadi suami isteri, pelayanan yang membuahkan hasil mungkin ada mukjizat terjadi, ramai bertaubat, ada kebangunan rohani dan sebaginya. Seseorang tidak akan merindui sesuatu tempat pelayanan kalau tiada pengalaman yang istemewa malah pengalaman pahit. Hari ini adakah kita ada ikatan emosi dengan satu tempat pelayanan dan sangat merindui mereka seperti yang dialami oleh Paulus terhadap jemaah Filipi. Mari kita belajar aku amat rindu kamu jemaah yang pernah kita layanan berkunjunglah sekali sekala supaya dapat memberkati antara satu dengan yang lain dan nama Tuhan Yesus di muliakan di sana. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 20.2.2025

Comments

Popular Posts