Galatia 4:5-7 (AVB) untuk menebus mereka yang di bawah hukum itu, supaya kita mendapat hak sepenuh sebagai anak.
Dan kerana kamu anak-anak-Nya, Allah telah menghantar Roh Anak-Nya ke dalam hatimu, Roh yang berseru, “Abba, Bapa.”
Dengan demikian kamu bukan lagi hamba tetapi anak; dan sebagai anak, Allah telah menjadikan kamu waris-Nya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bukan lagi hamba tetapi anak" Bab 4 surat Galatia berkisar tentang teologi hamba, kita tahu bahawa zaman itu perhambaan wujud, zaman sekarang tidak lagi wujud telah diganti dengan konsep pekerja, lebih sedap didengar tetapi hakikatnya masih hamba kepada seseorang.
Paulus mengibaratkan mereka tidak mengenal TUHAN yang hidup menyembah tuhan-tuhan ialah sebagai hamba kepada tuhan-tuhan itu(ay.8) dan mereka yang mengenal TUHAN mereka sudah merdeka daripada tuhan-tuhan dunia ini (ay.9).
Begitu juga mereka yang hidup di bawah hukum Taurat ibarat anak Hargar anak hamba dan mereka yang percaya kepada Tuhan Yesus ibarat anak Sarah anak merdeka (ay.21-31).
Hari ini kita semua merdeka daripada penyembahan tuhan-tuhan dunia dan tidak hidup di bawah hukum Taurat atau hukum adat suku kita, dalam erti kata menjadi hamba kepada Kristus yang diberi status sebagi anak dan pewaris (ay.7).
Mari kita belajar bahawa kedudukan kita dalam iman kepada Tuhan Yesus bukan lagi hamba tetapi anak dan pewaris, hiduplah sesuai kedudukan sebagi anak dan pewaris jangan lagi menjadi hamba dosa.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
11.2.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment