2 Korintus 8:1-2 (AVB) Kami ingin memberitahumu, saudara-saudaraku, tentang kasih kurnia Allah kepada jemaah-jemaah di Makedonia. Sungguhpun mereka banyak diuji dengan kesusahan, namun kegembiraan mereka melimpah. Walaupun mereka sangat miskin, mereka kaya dalam kemurahan hati. Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tentang "Kaya dalam kemurahan hati" Bab 8 surat 2 Korintus berkisar tentang salam pujian Paulus kepada jemaah di Makedonia dan juga kepada jemaah di Korintus, berkaitan dengan sumbangan kewangan tidak di sebut kepada siapa tetapi kita faham itu adalah untuk jemaah di Yerusalem yang berbangsa Yahudi (Kis. 24:17). Jemaah Makedonia sangat miskin secara wang tetapi kaya dengan kemurahan kata Paulus (ay.2), tidak pasti kenapa mereka sangat miskin mungkin golongan ini adalah para hamba. Kemudian Paulus pula cuba memancing jemaah Korintus agar mereka pun memberi (ay.10-15) antara yang disebut Paulus ialah jemaah Korintus yang memulakan niat memberi dari tahun lepas sekaranglah masanya selesaikan (ay.10-11). Selalu berlaku kelewatan atau tertanggu sesuatu niat yang baik semoga tahun ini niat itu dilakukan dengan jayanya. Paulus juga memberi tahu kepada jemaah Korintus bahawa Titus dan seorang lagi akan melayani di Jemaah Korintus (ay.17-24), maksudnya akan ada 3 orang pelayan yang melayani di jemaah Korintus, iaitu Timotius, Titus dan seorang lagi tidak disebut nama. Paulus rupanya sangat memberi perhatian kepada jemaah Korintus. Mari kita belajar seperti jemaah Makedonia kaya dalam kemurahan hati. Ibadah yang sejati ialah kaya dengan kemurahan hati. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 2.2.2025.

Comments

Popular Posts