Efesus 6:5-7 (AVB) Hamba sahaya, taatlah kepada tuanmu di dunia ini, dengan takut dan hormat, dengan hati yang ikhlas, seperti kepada Kristus.
Janganlah lakukan secara bermuka-muka, sekadar menyukakan hati orang, tetapi sebagai hamba Kristus, melakukan kehendak Allah setulus hati.
Bekerjalah dengan niat bersih, seperti untuk Tuhan, bukan untuk manusia.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini belajar tentang "Hamba sahaya, taatlah kepada tuanmu di dunia ini"
Bab 6 surat Efesus pentup surat, biasanya ada nama seseorang yang disebut Paulus kecuali dalam surat Galatia tiada nama disebut. Surat Efesus menyebut Tikhikus, Paulus akan menghantar dia ke jemaah Efesus untuk memberitahu hal ehwal pasukan Paulus dan untuk menggalakkan jemaah di sana (ay.21-22).
Paulus juga ada menyambut hamba, dia menasihati mereka supaya taat, takut dan hormat kepada tuan mereka, bekerja dengan ikhlas dan setulus hati seperti bekerja untuk Kristus (ay.5-7). Rupanya ada juga para hamba yang menjadi Kristian pada zaman itu, mungkin mengikut tuan mereka. Para tuan juga diingatkan supaya berbuat baik kepada para hamba dan jangan lagi mengugut mereka, sebab ada Tuan di syurga yang memandang sama rata kepada semua (ay.9).
Para tuan dan hamba yang telah menjadi Kristian sepatutnya memiliki sikap yang baik tidak lagi seperti sikap tuan dan hamba bukan Kristian.
Teologi hamba ini jugalah yang selalu Paulus gunakan pada dirinya sebagi hamba Kristus.
Hari ini kita pun memanggil diri sebagi hamba Kristus, tinggal lagi hamba yang macam mana.
Mari kita belajar bahawa hamba sahaya taatlah kepada tuanmu di dunia ini, iaitu majikan kita, ketua kita, para pemimpin dan sebaginya seperti kita lakukan itu untuk Yesus Kristus.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
19.2.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment