Filipi 2:3-4 (AVB) Janganlah lakukan apa pun kerana kepentingan diri sendiri atau keangkuhan. Dalam kerendahan hati biarlah setiap orang menganggap yang lain lebih tinggi daripada dirinya. Tiap-tiap seorang daripada kamu janganlah menjaga kepentingan diri sahaja, jagalah juga kepentingan orang lain. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Jagalah juga kepentingan orang lain" Bab 2 surat Filipi berkisar tentang harapan Paulus dapat mengunjungi jemaah Filipi (ay.24) mungkin Paulus berada di Roma pada masa ia menulis surat ini. Paulus juga berharap jemaah di Filipi hidup sejiwa, mempunyai kasih yang sama, sepakat dan bersatu hati (ay.2), dia juga berpesan jangan hanya melakukan kepentingan sendiri tetapi kepentingan orang lain, tidak angkuh, rendah hati dan menganggap orang lain lebih tinggi daripada dirinya (ay.3), kalau jemaah Filipi lakukan ini semua sempurnalah kebahagianku kata Paulus (ay.2a). Begitulah perasaan seseorang gembala yang baik, berbahagia apabila jemaah hidup seperti itu. Paulus juga akan menghantar Epafroditus ke jemaah Filipi untuk melayani (ay.25). Inilah cara pelayanan Paulus menghantar para pelayan dalam pasukannya, sampai sekarang pun gereja masih menggunakan pendekatan seperti ini untuk menjaga jemaah, dilakukan bukan untuk kepentingan gereja atau individu tertentu tetapi untuk pemberitaan Injil dan nama Tuhan Yesus disembah oleh jemaah dan ada kesatuan mereka dalam Yesus Kristus. Mari kita belajar bahawa jagalah juga kepentingan orang lain dalam jemaah supaya tiada pergaduhan dan perpecahan. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 21.2.2025.

Comments

Popular Posts