Efesus 1:3-4 (AVB) Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, yang telah memberkati kita dengan segala berkat rohani di syurga dalam Kristus.
Sebabnya Dia telah memilih kita dalam Kristus sebelum dunia ini dijadikan, supaya kita suci dan tidak bercela di hadapan-Nya. Dalam kasih,
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Berkat rohani di syurga" Bab 1 surat Efesus berkisar tentang teologi predistenasi atau ditentukan sebelum ini dan juga teologi Tuhan Yesus menjadi kepala kepada semua di bumi dan di syurga.
Bagi Paulus TUHAN telah memberkati kita dengan berkat syurga dalam Yesus Kristus (ay.3)iaitu Dia telah memilih kita sebelum dunia ini diciptakan (ay.4), bermaksud bukanlah sebab usaha atau pengaruh seseorang maka kita dipilih, kita diangkat menjadi anak-anak Kristus (ay. 5), mendapat penebusan dan pengampunan dosa (ay.7), diberi segala kebijaksanaan dan pengertian (ay.8), mengetahui rahsia kehendak TUHAN (ay.9) dan mendapat warisan apabila Tuhan Yesus menyatukan segala sesuatu dan menjadi kepala di syurga dan di bumi (ay.10-11).
Paulus tidak menyebut berkat di bumi tetapi berkat syurga yang memang jauh lebih baik daripada yang ada di bumi.
Hari ini kita mahu berkat syurga atau berkat di bumi, saya fikir mahu kedua-dua, tetapi jangan sampai hidup hanya berkat di bumi.
Mari kita belajar bahawa kita sudah ditentukan mendapat berkat rohani di syurga.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
14.2.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment