Efesus 4:26-28 (AVB) “Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa.” Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam,
dan jangan beri tempat kepada iblis.
Orang yang mencuri hendaklah berhenti mencuri dan mula bekerja, membuat sesuatu yang baik dengan tangannya, supaya dapat memberi kepada orang yang kekurangan.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Jangan kekalkan kemarahanmu" Bab 4 surat Efesus berkisar tentang teologi kesatuan jemaah, banyak alasan kenapa kita mempertahankan kesatuan menurut Paulus kerana kita satu Tuhan, satu iman, satu baptisan, satu TUHAN, bapa kepada semua (ay.5-6). Semua ini telah dilakukan oleh Tuhan Yesus untuk menyatukan kita melalui kasih kurnia-Nya (ay.7. Kesatuan itu perlu dipertahankan, perubahan sikap sangat diperlukan seperti apabila marah jangan sampai melakukan dosa (marah bukanlah dosa) jangan marah sehingga matahari terbenam (ay.26), jangan berdusta (ay.25), jangan mencuri (ay.28), jangan berkata-kata kesat (ay.29), singkirkan semua kepahitan, pergaduhan, umpatan dan niat jahat (ay.31).
Kita tidak lagi hidup seperti orang yang tidak mengenal TUHAN (ay.17)
Mari kita belajar menjaga kesatuan dalam jemaah melalui tingkalaku kita jangan kekalkan kemarahanmu kata Paulus.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
17.2.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment