2 Korintus 13:3-4 (AVB) Kamu menuntut bukti bahawa Kristus bersuara melaluiku. Kristus tidaklah lemah menghadapimu; Dia bertindak dengan penuh kuasa dalam dirimu.
Kristus disalib kerana kelemahan, tetapi Dia hidup kerana kuasa Allah. Kami juga lemah dalam Dia, namun dengan kuasa Allah akan hidup bersama Dia untuk melayanimu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menuntut bukti bahawa Kristus bersuara melaluiku" Bab 13 surat 2 Korintus merupakan bab terakhir dan ucapan perpisahan Paulus kepada jemaah Korintus, walaupun begitu dia begitu pasti dapat mengunjungi mereka untuk kali ke tiga (ay.1) agak ngeri juga kedatangan Paulus ini sebab dia mahu menghukum anggota jemaah yang terus hidup dalam dosa kalau ada bukti yang kukuh (ay.1-2), ada juga jemaah yang meminta bukti benarkah Kristus bersuara melalui Paulus (ay.3), nakal juga pertanyaan mereka, bukan mudah melayani kalau ada jemaah seperti ini. Paulus sekali lagi menggunakan teologi kematian dan kebangkitan Tuhan Yesus untuk menjawab pertanyaan tersebut (ay.4). Bagi Paulus itulah bukti Kristus bersuara melalui dia, sebab tiada yang tahan dalam penderitaan kecuali mereka yang berharap kepada kebangkitan seperti Kristus.
Hari ini bukti seseorang pelayanan TUHAN yang sebenar ialah kalau dia tahan dalam penderitaan dalam pelayanan, kalau sebaliknya boleh persoalkan adakah Kristus bersuara melalui orang itu.
Mari kita belajar jemaah menuntut bukti bahawa Kristus bersuara melaluiku buktinya kalau saya dan anda bertahan dalam penderitaan dan kelemahan.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
7.2.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment