Galatia 5:22-24 (AVB) Sebaliknya, buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri. Tiada hukum yang menentang segala ini. Mereka yang menjadi milik Kristus Yesus telah menyalib tabii manusia berserta hawa nafsu dan keinginannya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Buah Roh" Bab 5 surat Galatia berkisar tentang teologi kemerdekaan dalam Yesus Kristus dan buah Roh. Bagi Paulus Kristus yang memerdekakan kita daripada perhambaan (ay.1) maksud perhambaan di sini ialah penyembahan kepada tuhan-tuhan yang disebut di bab 4 itu. Perhambaan boleh berlaku lagi kalau masih mahu bersunat kerana hukum Taurat (ay.3) bukan itu saja dengan sendirinya kehilangan kasih kurnia dan terpisah dari Kristus (ay.4). Bersunat atau tidak bersunat tidak ada nilai rohani dalam Kristus kecuali ia beriman kepada-Nya (ay.6). Kemudian tentang buah Roh, ini bukan merujuk roh kita tetapi Roh Kudus, maksudnya orang yang melangkah dalam Roh atau hidup dalam Roh Kudus ia tidak memuaskan hawa nafsu / tabii manusia lagi (ay.16). Tetapi sifat Roh Kudus atau buah Roh Kudus akan kelihatan dalam tabiinya seperti kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan (ay.22) dan sebagainya. Hari ini adakah saya dan anda memiliki buah Roh Kudus dalam tabii kita? Kalau ada puji TUHAN dan kalau sebaliknya bertaubatlah. Mari kita belajar bahawa melangkah dalam Roh Kudus menghasilkan buah Roh dan kalau sebaliknya buah tabii manusia yang jahat yang dihasilkan. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 12.2.2025.

Comments

Popular Posts