Efesus 5:4-5 (AVB) Jauhi kekotoran, percakapan tidak berakal dan lawak jenaka lucah, kerana segala ini tidak wajar, sebaliknya eloklah kamu mengucapkan kata-kata kesyukuran. Kerana kamu tahu bahawa orang yang berzina, melakukan kecemaran, atau tamak haloba – yang sama dengan penyembah berhala tidak akan mewarisi kerajaan Kristus dan Allah. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Jauhi kekotoran percakapan" Bab 5 surat Efesus berkisar tentang ajaran moral Paulus sambungan dari bab 4, kali ini peringatan menjauhi percakapan yang kotor, lawak lucah dan percakapan tidak berakal, sebaliknya berkata-katalah mengucap syukur (ay.4), Selain itu sikap tamak haloba, berzina, melakukan kecemaran dan penyembahan berhala juga ditegur Paulus bahawa mereka ini tidak dapat mewaris kerajaan Kristus (ay.5). Kemudian Paulus mengajar teologi kesatuan jemaah sebagi gambaran hubungan suami isteri. Kristus ialah kepala jemaah seperti suami kepada isteri (ay.23), jemaah tunduk kepada Kristus seperti isteri tunduk kepada suami (ay.22-24). Kristus mengasihi jemaah seperti suami mengasihi isteri (ay.25). Kristus mengasihi jemaah seperti suami mengasihi isteri seperti dirinya (ay.33), Kristus mengasihi tubuh jemaah iaitu anggota jemaah seperti itu jugalah suami mengasihi tubuh isteri seperti tubuhnya (ay.28-29). Hubungan Kristus dengan jemaah ibarat hubungan suami isteri mudah untuk difahami. Mari kita belajar jauhi kekotoran percakapan sebab itu bukan gambaran jemaah Kristus. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 18.2.2025.

Comments

Popular Posts