Efesus 3:11-13 (AVB) Ini adalah menurut maksud-Nya yang kekal yang telah ditunaikan-Nya dalam Kristus Yesus, Tuhan kita; yang dalam-Nya kita mendapat kebebasan dan keyakinan menghampiri Allah melalui iman. Oleh itu, aku meminta kepadamu, janganlah tawar hati akibat kesusahan yang kutanggung keranamu, ini adalah kemuliaanmu. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kesusahan yang kutanggung keranamu, ini adalah kemuliaanmu" Bab 3 surat Efesus berkisar tentang teologi penderitaan Paulus, mungkin Paulus berada dalam penjara ketika menulis surat ini (ay.1a), bagi Paulus pemenjaraannya itu demi bangsa bukan Yahudi (ay.1b), dengan kata lain apa nak dihairankan kalau Paulus dipenjarakan sebab memberitakan Injil, bukan sebab lain. Penderitaan kerana dipenjara bagi Paulus demi kemuliaan orang Efesus (ay.3), kemuliaan yang dimaksudkan kerana mereka sudah mengetahui pengetahuan dan rahsia Kristus (ay.4) bahawa bangsa asing sama-sama menjadi waris, satu tubuh dan sama-sama mendapat bahagian daripada TUHAN dalam Yesus Kristus melalui Injil (ay.6). Hari ini ramai yang mencari kemuliaan tetapi bagi teologi penderitaan dan teologi kemuliaan Paulus kita sudah memiliki kemuliaan itu, tidak perlu lagi dicari. Mari kita belajar kesusahan yang kutanggung keranamu, ini adalah kemuliaanmu kata Paulus. Ibadah yang sejati ialah mengetahui kemuliaan yang dia miliki dalam Yesus Kristus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 16.2.2025.

Comments

Popular Posts