Galatia 3:26-29 (AVB) Kamu semua telah menjadi anak Allah melalui iman dalam Kristus Yesus.
Dan semua antara kamu yang telah dibaptiskan dalam Kristus telah meliputi dirimu dengan Kristus.
Tiadalah lagi orang Yahudi atau orang Yunani, hamba atau orang merdeka, lelaki atau perempuan, kamu semua menjadi satu dalam Kristus Yesus.
Dan jika kamu milik Kristus, kamu ialah benih Abraham, dan menjadi waris menurut janji itu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Semua menjadi satu dalam Kristus Yesus" Bab 3 surat Galatia berkisar tentang teologi perbenaran melalui iman bukan kerana keturunan Abraham secara jasmani (ay.1-14). Melalui iman bangsa asing menjadi keturunan Abraham secara rohani bukan sebab mereka melakukan hukum Taurat (ay.8), mereka yang secara jasmani keturunan Abraham tidaklah menjadi keturunan Abraham secara rohani tetapi hanya mereka yang beriman seperti Abraham (ay.7), Abraham juga diperbenar kerana beriman kepada TUHAN (ay.6).
Kemudian tentang janji TUHAN dengan keturunan Abraham yang memberkati semua orang keturunan yang dimaksudkan ialah Tuhan Yesus (ay.16), bukanlah Abraham tetapi Tuhan Yesus.
Sebab itu semua orang yang beriman kepada Tuhan Yesus menjadi keturunan Abraham secara rohani. Iman kepada Tuhan Yesus menjadikan tiada lagi perbezaan antara Yahudi, Yunani, hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan semua menjadi satu dalam Kristus (ay.28)
Mari kita belajar bahawa semua menjadi satu dalam Kristus Yesus tiada lagi perbezaan.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
10.2.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment