Galatia 6:4-5 (AVB) Setiap orang harus menguji kerjanya sendiri, supaya dia dapat bermegah atas apa yang ada pada dirinya sahaja, bukan berbanding dengan apa yang ada pada orang lain. Sebabnya setiap orang akan menanggung bebannya sendiri. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menguji kerjanya sendiri" Bab 6 surat Galatia merupakan penutup surat, tidak ada nama yang disebut oleh Paulus berbanding surat-suratnya yang lain seperti surat Roma, Korintus, Kolose dan yang lain. Mungkin tidak ada pasukan pelayan Paulus yang melayani di jemaah-jemaah Galatia. Pesan-pesan penutup yang lebih menarik pun kurang. Malah pesan bersifat memberi amaran yang saya yakin ditujuhkan kepada para rasul palsu yang berkempen sunat di jemaah Galatia apa bila dia mengatakan jangan sesiapa menyusahkan aku, kerana pada tubuhku ada parut Kristus (ay.17). Paulus juga memberi pesan supaya setiap orang menguji kerjanya sendiri (ay.4), bermaksud kerja di sini sudah tentu penginjilan atau pelayanan yang lain agar tidak membanding-banding orang lain, sebab boleh mengakibatkan rasa kecewa atau bermegah dan sebagainya. Bagi Paulus uji kerja masing-masing, apa yang kita semai itulah yang kita tuai (ay.7) menyemai hawa nafsu menuai kebinasaan dan menyemai Roh mendapat hidup yang kekal (ay.8), janganlah jemu berbuat baik (ay.9) sebab itu pekerja Roh. Mari kita belajar bahawa menguji kerjanya sendiri bukan menguji kerja orang lain. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 13.2.2025.

Comments

Popular Posts