Filipi 3:1-3 (AVB) Akhir kata, saudara-saudaraku, bersukacitalah dalam Tuhan! Bagiku menuliskan perkara yang sama kepadamu tidaklah menjemukan, dan ini memastikan keselamatanmu. Awas orang yang bersikap seperti anjing, awas orang yang berbuat jahat, awas tukang sunat yang palsu. Kerana kita ini orang bersunat, yang menyembah Allah dalam Roh, bermegah dalam Kristus Yesus, dan tidak mengharapkan hal lahiriah – Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menuliskan perkara yang sama tidak menjemukan" Bab 3 surat Filipi berkisar tentang peringatan Paulus terhadap orang yang bersikap seperti anjing, orang jahat dan tukang sunat palsu (ay.2), mungkin anjing pada zaman itu bukan binatang kesayangan berbanding sekarang, saya fikir anjing peliharaan memiliki sifat setia yang luar biasa kepada tuannya. Para penyunat palsu mungkin mengajar orang Kristian wajip disunat, itulah yang ditentang oleh Paulus sebab sunat pada badan tidak ada nilai keselamatan seseorang dalam Yesus Kristus. Paulus juga mengingatkan jemaah di Filipi dan juga kita hari ini agar tidak terpengaruh dengan sikap mementingkan perkara dunia dan kemuliaan dunia (ay.19), sikap ini seteru teologi salip Kristus (ay.18) Paulus juga memiliki kerajinan yang jarang pelayanan lain lakukan iaitu menulis surat, bagi Paulus menulis surat tidak menjemukan walaupun perkara yang sama demi memastikan iman keselamatan jemaah (ay.1). Mari kita belajar bahawa menuliskan perkara yang sama tidak menjemukan demi iman keselamatan anggota jemaah seperti yang dilakukan oleh Paulus. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 22.2.2025.

Comments

Popular Posts