Galatia 1:11-12 (AVB) Aku memberitahu kepadamu, saudara-saudara, Injil yang kusampaikan bukanlah menurut manusia.
Aku tidak menerimanya daripada manusia, dan aku tidak pula mempelajarinya; tetapi Injil itu datang melalui wahyu daripada Yesus Kristus.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan, hari ini kita belajar tentang "Wahyu daripada Yesus Kristus" Bab 1 surat Galatia berkisar tentang bela diri Paulus dan pasukannya terhadap Injil yang mereka beritakan di jemaah-jemaah Galatia ( ay.6-9) Boleh dikatakan surat-surat Paulus berisi hujah bela diri, Tuhan Yesus juga banyak membela diri dihadapan para ahli agama secara perumpaan atau berterus terang.
Salah satu hujah Paulus dalam bab satu, mengatakan Injil yang dia terima bukan dipelajari atau diterima dari manusia tetapi wahyu dari Tuhan Yesus (ay.12). Mungkin ada kaitan dengan pengalaman Paulus mendapat penglihatan di bawa ke Firdaus (2 Kor. 12:2-4). Pengalaman luar biasa boleh menjadi kekuatan dalam pelayanan, mungkin anda dan saya ada pengalaman seperti itu, tanpa sedar itulah kekuatan bertahan dalam pelayanan. Tidak seperti jemaah-jemaah di Galatia yang begitu cepat berpaling daripada Injil sebenar (ay.6).
Hari ini sekian ramai orang yang kita kenal tidak ada pendirian dalam pelayanan, tidak pasti kenapa begitu atau meninggalkan iman atau memang tidak beriman pun kepada Tuhan Yesus.
Mari kita belajar bahawa seperti Paulus teguh dengan Injil wahyu daripada Yesus Kristus bukan kepada Injil palsu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
8.2.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment