2 Korintus 12:14-15 (AVB) Kini, bagi kali ketiga, aku bersedia mengunjungi kamu. Aku tidak akan membebani kamu, kerana aku menghendaki kamu, bukan hartamu. Tidaklah wajar anak-anak mengumpulkan harta untuk ibu bapa. Ibu bapalah yang patut mengumpulkan harta untuk anak-anak.
Aku rela berbelanja malah berhabis untukmu. Oleh itu, jika kasihku semakin kulimpahkan kepadamu, wajarkah aku semakin kurang dikasihi?
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Ibu Bapalah yang patut mengumpulkan harta untuk anak-anak" Bab 12 surat 2 Korintus masih berkisar tentang bela diri Paulus dan pasukannya mengenai pelayanan mereka, ada yang mengatakan Paulus pandai memperdaya dan menawan dengan tipu hela (ay.16). Paulus memulakan pembelaan diri kali ini dengan menceritakan pengalaman luar biasa seseorang walaupun dia tidak cakap itu adalah dia sendiri yang diangkat ke langit yang ketiga (ay.2) di sana dia di bawa ke Firdaus mendengar perkataan yang tidak boleh dituturkan oleh manusia (ay.4) peristiwa itu berlaku empat belas tahun yang lepas. Mungkin di sanalah Paulus mendapat wahyu yang dia ajarkan selama hidupnya.
Kemudian Paulus mengibaratkan jemaah Korintus anaknya dan dialah bapa mereka. Dia tidak membebani anak dengan meminta harta tetapi bapalah yang memberi harta kepada anak (ay.14), Paulus tidak mengambil kesempatan terhadap jemaah Korintus. Menoka arus ajaran Paulus ini kerana kebiasaan di gereja, jemaahlah yang dibebani dalam semua perkara bukan para pelayan. Mungkin boleh kita fikirkan bersama macam mana dilakukan dalam jemaah kita.
Mari kita belajar menanamkan konsep dalam jemaah dan keluarga ibu bapalah yang patut mengumpulkan harta untuk anak-anak bukan sebaliknya.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 6.2.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment