Kolose 1:24-25 (AVB) Aku sekarang bersukacita atas penderitaanku untukmu, dan aku menyempurnakan dengan tubuhku apa yang kurang dalam kesengsaraan Kristus, untuk tubuh-Nya yang suci, iaitu jemaah.
Aku sudah dijadikan hamba jemaah, menurut amanat Allah yang telah diberikan kepadaku untuk kamu, bagi menyampaikan firman Allah dengan sepenuhnya
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bersukacitalah atas penderitaanku" Bab 1 surat Kolose ialah salam Paulus kepada jemaah Kolose, teologi penderitaan dan Kristologi. Bagi Paulus penderitaan yang dia alami satu kebahagian bagi dirinya kerana demi jemaah Kolose, penderitaan tubuhnya juga demi menyempurnahkan penderitaan tubuh Kristus (ay.24), mungkin maksud Paulus penderitaan tidak dapat dipisahkan daripada Injil Kristus. Paulus juga mengetahui iman dan kasih jemaah Kolose kepada orang Kristian yang lain (ay.4). Inilah yang kita mahu mendengar ada jemaah yang beriman dan saling mengasihi. Kemudian Paulus mengajar tentang Kristologi, menuntut Paulus Dia ialah gambar TUHAN, anak sulung antara segala yang diciptakan (ay.15), bukanlah bermaksud Kristus diciptakan tetapi keunggulan-Nya di antara semua yang diciptakan. Melalui Dia segala sesuatu diciptakan yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, takhta, kuasa dan pemerintahan segala-galanya diciptakan melalui Dia dan untuk Dia (ay.16). Begitulah Kristologi keunggulan Kristus. Tiada yang dapat menandingi keungulan itu.
Mari kita belajar seperti Paulus bersukacitalah atas penderitaanku untukmu iaitu jemaah dan keluarga kita demi Kristus yang unggul itu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
24.2.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment