Roma 9:7-8 (AVB) Juga bukan semua keturunan Abraham diterima sebagai anak-anak Abraham. Sebaliknya, “Melalui Ishak benih keturunanmu akan dipanggil.” Ini bererti, anak-anak Allah bukanlah keturunan tabii Abraham tetapi anak-anak janji Allah. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang " Bukan semua keturunan Abraham diterima sebagai anak Abraham" Bab 9 surat Roma berkisar tentang keturunan Abraham, salah satu teologi orang Yahudi mereka percaya semua keturunan Abraham di selamat maksudnya bersama Abraham di syurga seperti perumpaan Tuhan Yesus tetapi dalam perumpaan itu orang kaya yang jahat walaupun keturunan Abraham tidak bersama Abraham di syurga (Luk. 16:19-31). Paulus juga sejajar dengan Tuhan Yesus bukan semua keturunan Abraham adalah anak Abraham maksudnya bukan anak tabii tetapi anak janji TUHAN (ay.8) sahaja yang diterima yang mustahil bagi manusia tetapi dijadikan berlaku oleh TUHAN seperti kisah Sarah melahirkan Ishak pada usia tuanya (ay.9). Kepada bangsa bukan Yahudi boleh menjadi anak-anak Abraham melalui iman mereka menerima kasih kurnia TUHAN (ay.30). Mari kita belajar bahawa bukan semua keturunan Abraham diterima sebagai anak Abraham tetapi hanya kerana kasih kurnia TUHAN melalui iman kepada Yesus Kristus. Tahun baharu disambut sebagai anak-anak Abraham secara iman. Dalam sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 2.1.2025.

Comments

Popular Posts