1 Korintus 5:1-2 (AVB) Aku dimaklumkan bahawa dalam kalanganmu ada perbuatan cabul yang tidak pernah dilakukan oleh orang yang tidak mengenal Tuhan pun: Seorang lelaki berzina dengan isteri ayahnya.
Namun begitu, kamu masih bermegah. Sewajarnya kamu bersedih dan bertindak menyingkirkan orang yang melakukan perbuatan itu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Perbuatan cabul" Bab 5 surat 1 Korintus Paulus secara berterus terang menegur sikap salah satu anggota jemaah mereka yang berzina dengan isteri ayahnya, mungkin isteri baharu ayahnya, atau ayah orang itu beristeri lebih dari satu. Dari tindakan ayah mengundang godaan anak lelakinya. Para ayah perlu berhati-hati kalau beristeri lagi. Paulus tidak bertolak ansur dalam hal ini, orang itu perlu disingkirkan dalam jemaah (ay.5). Orang bukan Kristian pun tidak melakukan perbuatan zina separti itu inikan pula orang Kristian kata Paulus (ay.1). Dalam istelah orang Rungus disebut "Sumbang" hukuman ialah dimasukkan dalam bubu besar kemudian ditengelamkan ke dalam laut, tidak pernah ada saksi mata melihat tetapi wujud dalam cerita legenda.
Hari ini perbuatan cabul seperti itu mungkin wujud tidak boleh dibiarkan, mesti dihentikan, sama ada gereja atau adat yang menghukum.
Mari kita belajar jauhkan perbuatan cabul dan kalau ada hukumlah sewajarnya supaya jemaah Tuhan Yesus tidak tercembar, hukuman satu proses pertaubatan orang yang melakukan, kalau dia bertaubat gereja senang hati menerima kembali.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
14.1.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment