1 Korintus 6:18-19 (AVB) Jauhilah perbuatan cabul. Dosa lain tidak dilakukan terhadap tubuh sendiri; tetapi seseorang yang melakukan perbuatan cabul berdosa terhadap tubuhnya sendiri. Kamu tentu tahu bahawa tubuhmu itu tempat kediaman Roh Kudus yang telah dikurniakan Allah kepadamu. Tubuhmu bukanlah milikmu, tetapi milik Allah. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tubuhmu bukanlah milikmu, tetapi milik TUHAN" Bab 6 surat 1 Korintus berkisar tentang teologi tubuh (ay.12-20) dan pendisiplinan anggota jemaah (ay.1-11). Paulus tidak bersetuju kalau masalah moral dan pertikaian dalam jemaah dibawa terus ke mahkamah (ay.2), lebih baik diselesai dalam jemaah kerana ada di kalangan pemimpin yang cukup bijak menegani (ay.5). Kemudian Paulus menegur lagi perlakuan tidak bermoral seperti bersetubuh dengan pelacur (ay.15), cabul (ay.18), makanan (ay.12-13), bersetubuh dengan sesama jantina, mabuk, berzina dan sebagainya (ay.9-10) Semua perbuatan yang tidak bermoral ini tidak mewaris kerajaan TUHAN (ay.10). Sebab itulah tubuh mengalami kematian untuk dibinasakan, kemudian akan diberi tubuh yang tidak berdosa lagi pada kedatangan Tuhan Yesus kedua kali (Fil. 3:20-21) Mari kita belajar tubuhmu bukan milikmu tetapi milik TUHAN, tubuh yang berdosa tidak dapat mewaris kerajaan TUHAN. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 15.1.2025.

Comments

Popular Posts