2 Korintus 2:3-4 (AVB) Oleh itulah aku menuliskannya dalam suratku, supaya jangan nanti aku bersedih kerana mereka yang sepatutnya memberikan kegembiraan kepadaku. Aku percaya bahawa jika aku gembira, kamu akan turut gembira. Aku menulis kepadamu dengan air mata bercucuran kerana hatiku sungguh sedih dan cemas. Aku bukanlah berniat hendak menyedihkan kamu, tetapi aku mahu kamu tahu bahawa aku amat mengasihimu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bukanlah berniat menyedihkan kamu" Bab 2 surat 2 Korintus berkisar tentang rasa bersalah Paulus kerana telah menyedihkan jemaah di Korintus mungkin merujuk pada surat 1 Korintus, teguran tegas yang dinyatakan mungkin telah menyedihkan mereka atau ada lagi surat lain selain surat 1 Korintus. Menyebabkan kesedihan kepada orang yang kita kasih sangat menyakitkan diri sendiri, seperti apabila ada isi khutbah yang agak tegas dan tanpa sedar telah menyentuh seseorang kemudian kita sedar telah menyedihkan orang itu, serba salah dan rasa bersalah pula menghantui kita. Mungkin inilah perasaan Paulus kerana dia sangat mengasihi jemaah Korintus (ay.4). Tuhan Yesus selalu menegur para murid-Nya tetapi bukan berniat menyedihkan mereka tetapi untuk mengajar supaya mereka tahu dan melakukan. Mari kita belajar kalau ada isi khutbah atau anda menyampaikan khutbah menyebabkan seseorang bersedih yakinlah bahawa bukanlah berniat menyedihkan kamu atau kita tetapi kebenaran firman TUHAN perlu dinyatakan. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 27.1.2025.

Comments

Popular Posts