1 Korintus 11:28-30 (AVB) Hendaklah setiap orang memeriksa dirinya, dan kemudian makan roti itu dan minum dari cawan itu; kerana jika seseorang memakannya dan meminumnya tanpa mengenal tubuh Tuhan, dia makan dan minum akan penghukuman kepada dirinya. Oleh sebab itu ada sebilangan besar yang lemah dan yang sakit dalam kalanganmu, malah ada yang meninggal dunia. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Hendaklah setiap orang memeriksa dirinya" Bab 11 surat 1 Korintus berkisar tentang dua teologi yang pertama wanita perlu bertudung dan lelaki jangan bertudung ketika sedang berdoa dan bernubuat (ay.4-5), Paulus katakan ini adalah adat tiada adat lain bagi semua jemaah (ay.16). Bolehlah kita fahami bahawa apa yang dikatakan Paulus adalah adat mereka pada zaman itu mungkin hanya di Korintus sebab tidak pernah disebut pada surat yang lain. Teologi kedua yang Paulus sebut tentang perjamuan TUHAN atau bagi kita Perjamuan Kudus, Paulus tegas setiap orang perlu memeriksa diri masing-masing sebelum mengambil bahagian dalam perjamuan itu, mungkin maksud Paulus bertaubat dahulu, kalau tidak menyebabkan seseorang sakit malah ada yang meninggal (ay.28-30). Roti dan anggur Perjamuan Kudus bukan sekadar lambang yang tidak memberi kesan tetapi sebenarnya ada kesan pada rohani dan tubuh seseorang. Mari kita belajar sebelum mengambil bahagian dalam Perjamuan Kudus hendaklah setiap orang memeriksa dirinya. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 20.1.2025.

Comments

Popular Posts