1 Korintus 8:8-9 (AVB) Sebenarnya makanan tidak dapat mengeratkan hubungan kita dengan Allah. Kita tidak akan rugi jika kita tidak makan makanan itu, dan tidak pula untung jika memakannya. Namun demikian, berhati-hatilah, jangan sampai kebebasanmu melakukan apa sahaja menjadi batu sandungan kepada orang yang lemah. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Makanan tidak mengeratkan hubungan kita dengan TUHAN" Bab 8 surat 1 Korintus berkisar tentang teologi makanan, latar belakang teks ialah persoalan jemaah boleh atau tidak memakan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala, dalam konteks di Korintus dipersembahkan kepada dewa-dewi, konteks kita dipersembahkan kepada roh-roh jahat dalam bahasa Rungus disebut Rogon. Paulus mengatakan makan atau tidak, tidak berlaku apa-apa, tiada kekurangan atau keuntungan, tidak juga mengeratkan hubungan dengan TUHAN (ay.8). Tetapi adalah menjadi masalah kalau melukai hati nurani seseorang apabila orang Kristian memakannya, lebih baik jangan memakan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala (ay.10). Tuhan Yesus juga mengajar makanan tidak menyebabkan seorang menjadi najis atau berdosa tetapi perkataan seseorang (Mat.15:17-18). Mari kita belajar bahawa makanan tidak mengeratkan hubungan kita dengan TUHAN tidak rugi atau untung kalau kita makan sesuatu, tetapi jagalah hati nurani orang lain agar tidak terluka kerana makanan. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 17.1.2025.

Comments

Popular Posts