Roma 14:17, 20 (AVB) Kerajaan Allah bukanlah soal makan minum, tetapi soal perbenaran dan kesejahteraan serta kegembiraan dalam Roh Kudus. Jangan rosakkan rancangan Allah semata-mata kerana makanan! Semua makanan adalah suci, tetapi seseorang dianggap bersalah sekiranya sesuatu yang dimakannya menyebabkan orang lain tersandung. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kerajaan TUHAN bukan soal makan dan minum" Bab 14 surat Roma berkisar tentang makanan, Paulus mengatakan semua makanan adalah suci (ay.20), makanan menjadi najis apabila ada yang menganggapnya najis (ay.14) dan dia merasa sedih / tersandung kalau melihat orang makan makanan yang dia anggap najis itu (ay.15) begitu juga orang yang tahu perbuatannya itu menyebabkan orang lain tersandung dia juga bersalah (ay. 20). Walaupun begitu harus diingat kerajaan TUHAN bukan soal makan dan minum tetapi perbenaran, kesejahteraan dan kegembiraan di dalam Roh Kudus (ay.17) perbenaran bermaksud semua orang dibenarkan oleh iman kepada Tuhan Yesus bukan sebab makanan, janganlah kita rosakkan rancangan TUHAN dengan makanan (ay.20). Mari kita berlajar kerajaan TUHAN bukan soal makan dan minum tetapi perbenaran, kesejahteraan dan kegembiraan di dalam Roh Kudus kerana iman kita kepada Tuhan Yesus. Tahun baharu disambut dengan tidak menyebabkan orang lain tersandung kerana makanan. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 7.1.2025.

Comments

Popular Posts