1 Korintus 13:5-7 (AVB) Kasih tidak berkelakuan biadab, tidak memburu kepentingan sendiri, tidak cepat meradang, tidak memperhitungkan kesalahan orang lain. Kasih tidak gembira dengan kejahatan, tetapi gembira meraikan kebenaran. Kasih tahan menderita segala-galanya, percaya akan segala-galanya, berharap akan segala-galanya, terus-menerus menanggung segala-galanya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kasih tidak cepat meradang" Bab 13 surat 1 Korintus berkisar tentang kasih, antara tulisan Paulus yang terkenal, dia memperincikan kasih itu, mungkin dia cuba menjelaskan hukum kasih yang disebut Tuhan Yesus "mengasihi orang lain seperti diri sendiri..." (Mrk. 12:31TB) antara ciri kasih ialah tidak cepat meradang. Cepat meradang atau panas baran menyusahkan diri sendiri dan orang lain, malah memalukan diri sendiri. Ketika sedang meradang fikiran logik mula hilang, itulah sebab boleh bertindak dengan kejam, keterlaluan, serangan fizikal dan sebagainya. Bagi Paulus cepat meradang bukanlah ciri seseorang yang ada kasih (ay.5). Ada lagi ciri kasih yang disebut Paulus iaitu tahan menderita (ay.7), di mana- mana ada penderitaan seperti kereta rosak, sakit, dalam pekerjaan, belajar, pelayanan, keluarga dan sebagainya. Mereka yang ada kasih boleh bertahan dan dapat melalui semua penderitaan yang dia alami. Banyak lagi ciri kasih yang disebut Paulus dalam bab ini apa yang saya sebut hanya sebahagian. Mari kita belajar memiliki ciri kasih tidak cepat meradang dan tahan menderita. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 22.1.2024.

Comments

Popular Posts