1 Korintus 10:23-24 (AVB) Kita dibenarkan berbuat segala sesuatu tetapi tidak semuanya berfaedah; kita dibenarkan berbuat segala sesuatu tetapi tidak semuanya membina hidup. Janganlah lakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Lakukanlah untuk kepentingan orang lain juga. Kopivosihan dan selamat beribadah hari ini kita belajar tentang "Kita dibenarkan berbuat segala sesuatu tetapi bukan semua berfaedah" Bab 10 surat 1 Korintus berkisar tentang ajaran Paulus tentang kesatuan jemaah seperti nenek moyang mereka hidup di bawah awan dan menyeberang laut yang sama, minum air yang sama dan makan makanan yang sama, pada zaman gereja baptisan yang sama (ay.1-4). Paulus sekali lagi mengajar tentang makanan dengan tegas melarang anggota jemaah makan di meja berhala (ay.20-21). Walaupun kita bebas makan atau berbuat segala sesuatu tetapi bukan untuk kepentingan diri sendiri sahaja atau dengan kata lain memuaskan diri sendiri tidak menghiraukan orang lain (ay.23-24). Mari kita belajar kita dibenarkan berbuat segala sesuatu tetapi bukan semua berfaedah malah memudaratkan kesihatan atau keselamatan diri sendiri dan orang lain, ingatlah kepentingan bersama sebagai satu jemaah dalam Yesus Kristus walaupun di mana saja kita berada. Ibadah yang sejati berbuat sesuatu demi memuliakan Kristus. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia. 19.1.2025.

Comments

Popular Posts