Roma 16:21-23 (AVB) Timotius, rakan seperjuanganku, berkirim salam kepadamu; begitu juga Lukius, Yason dan Sosipater, kawan-kawan sebangsaku. Aku, Tertius, yang menulis surat ini, juga berkirim salam kepadamu dalam Tuhan. Gayus, yang memberiku tempat menumpang serta semua jemaah yang berhimpun di rumahnya, berkirim salam kepadamu. Salam juga daripada Erastus, bendahara kota, dan Kuartus, saudara kita. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tertius yang menulis surat ini" Bab 16 surat Roma berkisar tentang salam persaudaraan Paulus kepada kenalan yang beriman kepada Yesus Kristus, agak ramai nama yang disebut, satu nama yang menarik perhatian kita iaitu Tertius sebagai juru tulis surat Roma (ay.22), bolehlah dikatakan dia bekerja di sebalik tabir dan mungkin juga surat -surat Paulus yang lain. Syukurlah dia tidak lupa menulis namanya kalau tidak kita tidak tahu siapa yang menjadi juru tulis surat ini. Nama-nama yang disebut Paulus itu bukan semua tinggal di Kota Rom itu hanya sekadar ingin memberitahu para pembaca bahawa ajaran Paulus dan misi penginjilannya diketahui oleh orang untuk menguatkan lagi kesaksian Paulus sendiri. Hari ini pun cara seperti ini masih kita gunakan dan memang perlu supaya tidak dikatakan berbohong kalau ada orang ketiga yang menjadi rujukan. Termasuk orang yang bekerja di sebalik tabir seperti Tertius itu. Mari kita belajar tidak melupakan jasa Tertius yang menulis surat ini sehingga sampai kepada kita hari ini, atau kita menjadi seperti Tertius juru tulis atau penulis. Tahun baharu disambut dengan tekad mahu menulis buku. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 9.1.2025.

Comments

Popular Posts