1 Korintus 9:25-27 (AVB) Setiap ahli sukan yang bertanding dalam sukan berlatih dengan gigih, kerana ingin mendapat mahkota, walaupun mahkota itu tidak kekal. Tetapi kita menjalani latihan yang ketat untuk mendapat mahkota yang kekal.
Oleh itu, aku terus-menerus lari ke garis penamat. Juga seperti ahli tinju, aku tidak mahu mensia-siakan tumbukanku.
Aku bersungguh-sungguh melatih tubuhku, untuk menguasai diri, supaya aku tidak ditolak setelah mengkhabarkan Injil kepada orang lain.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bersungguh-sungguh melatih tubuhku, untuk menguasai diri" Bab 9 surat 1 Korintus berkisar tentang teologi kebajikan para rasul (ay.1-18), mereka berhak meminta jemaah untuk sara hidup mereka kalau mereka mahu, tetapi Paulus tidak meminta cukuplah diberi hak istemewa memberitakan Injil (ay.18). Kemudian Paulus membahas tentang teologi disiplin rohani (ay.19-27), analogi disiplin itu dengan ahli suka yang berlatih dengan gigih untuk merebut makhota yang tidak abadi (ay.25), inikan pula makhota yang abadi sudah tentu perlu latihan rohani, antaranya melatih tubuh untuk menguasai diri (ay.27).
Mari kita belajar seperti Paulus Bersungguh-sungguh melatih tubuhku untuk menguasai diri supaya tidak ditolok setelah mengkhabar Injil kepada orang lain.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
18.1.2025
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment