2 Korintus 7:6-7, 9 (AVB) Tetapi Allah, yang menghibur orang yang putus asa, menghibur kami dengan kedatangan Titus. Bukan kedatangannya sahaja yang menghibur, malah juga penghiburan yang didapatinya keranamu. Dia bercerita kepada kami tentang kerinduanmu, penyesalanmu, dan kesungguhan semangatmu menyokongku, yang lebih menggembirakan lagi hatiku. Tetapi kini aku gembira, bukan kerana kamu bersedih, tetapi kerana kesedihanmu itu membawa taubat. Ertinya, memanglah kamu bersedih, tetapi hal itu selaras dengan kehendak Allah, maka kami tidaklah merugikanmu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kesedihan membawa taubat" Bab 7 surat 2 Korintus berkisar tentang kegembiraan Paulus bertemu dengan Titus di Makedonia, rupanya Titus dari Korintus mungkin melayani di sana bersama Timotius (1 Kor. 14:17 TB). Titus mencerita kepada Paulus bahawa jemaah Korintus bertaubat selepas menerima surat teguran yang agak keras dari Paulus (ay.8-9). Saya boleh katakan hebat juga jemaah Korintus mereka bertaubat. Hari ini teguran dalam bentuk khutbah berlaku dalam gereja, mengikut pengalaman pelayanan saya sebagi pengkhutbah memang ada yang bertaubat, Tuhan Yesus juga menegur tujuh jemaah di Asia Kecil (Why. 1-3) sekarang Turkiye adakah mereka bertaubat selepas membaca teguran Tuhan Yesus melalui tulisan Yohanes? yang pasti jemaah di sana tinggal sejarah, bukan lagi pusat kekristianan, pada hari ini dikatakan 99% penduduk negara Turkiye bukan orang Kristian, Syukurlah kalau ada 1% orang Kristian di sana. Mari kita belajar seperti jemaah Korintus kesedihan membawa taubat. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 1.2.2025.

Comments

Popular Posts