Roma 10:9-10 (AVB) Jika kamu akui dengan mulutmu bahawa Yesus ialah Tuhan dan percaya dalam hatimu bahawa Allah telah membangkitkan-Nya daripada kematian, kamu akan diselamatkan; kerana dengan hatimu kamu beriman dan diperbenar, dan dengan mulutmu kamu mengaku lalu diselamatkan.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Akui dengan mulutmu bahawa Yesus ialah Tuhan" Bab 10 surat Roma berkisar tentang keselamatan di dalam Yesus Kristus melalui iman kepada orang Yahudi dan bukan orang Yahudi (ay.12), tetapi mereka perlu dikhabarkan tentang Yesus Kristus supaya mereka boleh berseru dan beriman kepada-Nya (ay.14). Itulah yang sedang dilakukan oleh Paulus kepada bangsa lain dan kepada bangsa Yahudi, tetapi orang Yahudi masih tidak mahu menerima bahawa Tuhan Yesus ialah Tuhan. Hari ini pun cerita hampir sama baik orang Yahudi dan bangsa lain, masih tidak mengaku Yesus ialah Tuhan, sudahnya masih tidak beriman kepada Yesus Kristus. Mari kita belajar mengaku dan berseru akui dengan mulutmu bahawa Yesus ialah TUHAN. Tahun baharu disambut dengan pengakuan iman bahawa Yesus ialah TUHAN ku sendiri bukan TUHAN orang lain. Damai sejahtera disanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 3.1.2025.

Comments

Popular Posts