1 Korintus 2:13-14 (AVB) Jadi, segala perkara ini kami sampaikan bukan dengan kata-kata daripada kebijaksanaan manusia tetapi daripada ajaran Roh yang menggabungkan fikiran rohani dengan kata-kata rohani. Orang jasmani yang tidak mempunyai Roh tidak dapat menerima hal-hal daripada Roh Allah, kerana dia menganggap hal-hal itu kebodohan semata-mata, dan dia tidak dapat memahaminya, disebabkan hal-hal itu hanya dapat dinilai secara rohani. Kopivosihan dan selamat berhujung minggu, bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menerima hal-hal daripada Roh TUHAN" Bab 2 surat 1 Korintus berkisar tentang Roh TUHAN, Paulus mengatakan ketika dia sampai di Korintus memberitakan Injil dia naif dan gementer ketakutan (ay.3), membuktikan bukanlah kebijaksanaan Paulus mereka menerima Injil tetapi kerana kuasa TUHAN (ay.5). Kebijaksanaan TUHAN itu tidak dapat difahami tanpa Roh TUHAN yang menjelaskan (ay.10-11), kita mengetahui kebijaksanaan atau rahsia TUHAN kerana milik Roh TUHAN (ay.12). Orang jasmani atau orang dunia yang tidak memiliki Roh TUHAN atau Roh Kudus tidak dapat memahami kebijaksanaan TUHAN malah menganggap satu kebodohon (ay.14). Mari kita belajar bahawa hanya menerima hal-hal daripada Roh TUHAN sahaja seseorang dapat menerima dan mengetahui Injil, iaitu kematian dan kebangkitan Tuhan Yesus mengimani itu menyelamatkan seseorang. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 11.1.2025.

Comments

Popular Posts