1 Korintus 14:34-35 (AVB) wanita-wanita hendaklah berdiam diri dalam perhimpunan jemaah. Mereka tidak dibenarkan bercakap. Hendaklah mereka menurut perintah, sebagaimana tersurat dalam Taurat. Jika mereka ingin mempelajari sesuatu, hendaklah mereka bertanya kepada suami mereka di rumah. Sungguh memalukan jika seorang wanita bersuara dalam perhimpunan jemaah. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bertanya kepada suami mereka di rumah" Bab 14 surat 1 Korintus berkisar tentang bercakap atau berbahasa lidah atau berbahasa roh (ay.2-25) berbahasa lidah bagi Paulus bukan keutaman berbanding kurnia bernubuat (ay.1), bernubuat berguna untuk menginsafkan seseorang (ay.24-25) berbanding berbahasa lidah malah disangka gila oleh orang yang pertama kali ikut ibadah atau pertemuan kerana tidak memahami apa yang dia dengar (ay.23). Kemudian Paulus menegaskan dalam jemaah supaya wanita berdiam diri dan kalau mahu bertanya bukan dalam ibadah tetapi di rumah bertanya kepada suami (ay.34-35). Kita dapat bayangkan keadaan masyarat pada masa itu wanita tidak berperanan sebagi pelayanan mimbar, hari ini di gereja kita boleh dikatakan golongan wanita paling ramai bersuara di atas pentas gereja berbanding lelaki, adakah ini memalukan seperti yang dikatakan Paulus (ay.35). Adakah mereka perlu lagi bertanya kepada suami mereka di rumah? Untuk menjaga keharmonia keluarga masih perlu supaya suami masih merasa sebahagian daripada pelayanan isterinya begitu juga sebaliknya. Mari kita belajar para isteri bertanya kepada suami mereka di rumah sebagi tanda masih ada suami bersama dalam pelayanannya demi keharmonian keluarga dan sebagi contoh kepada jemaah begitu juga sebaliknya. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 23.1.2025.

Comments

Popular Posts