Roma 11:25-26 (AVB) Saudara-saudaraku, aku tidak mahu kamu jahil tentang rahsia ini, supaya kamu tidak berasa megah: Sebahagian daripada orang Israel telah menjadi keras hati sehingga genap jumlah bangsa asing telah masuk. Kemudian seluruh orang Israel akan diselamatkan, sebagaimana yang telah tersurat: “Penyelamat akan datang dari Sion, dan Dia akan menjauhkan kemungkaran daripada Yakub; Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Seluruh orang Israel akan diselamatkan" Bab 11 surat Roma berkisar tentang keselamatan bangsa Israel dan bangsa bukan Israel kedua-dua bangsa ini diselamatkan oleh kasih kurnia TUHAN bukan kerja amal seseorang (ay.5-6). Paulus mengibaratkan bangsa bukan Israel pucuk zaitun liar yang dicantumkan kepada pokok zaitun yang subur (ay.17), cantuman berlaku kerana ada cabang yang dipatahankan (ay.19) bermaksud apabila ada orang Israel yang menolak Injil barulah ada bangsa lain dicantumkan kepada pokok yang subur itu, bangsa bukan lain tidak perlu bermegah apabila menerima Injil berbanding ada orang Yahudi yang menolak Injil (ay.20) dengan kata lain kita mengisi kekosongan yang ditinggalkan orang Israel sahaja. Walaupun begitu apabila tiba waktu semua orang Israel diselamatkan apabila cukup jumlah bangsa bukan Israel diselamatkan (ay.25-26). Mari kita belajar bahawa seluruh orang Israel akan diselamatkan apabila cukup jumlah bangsa lain menerima Injil, sekarang masih terbuka luas kasih kurnia TUHAN kepada bangsa lain. Tahun baharu disambut dengan cara hidup sesuai kasih kurnia TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia 4.1.2025.

Comments

Popular Posts