1 Korintus 7:29-30 (AVB) Saudara-saudaraku, maksudku demikian: Masa kita sudah semakin suntuk. Mulai sekarang, setiap lelaki yang beristeri, hiduplah seolah-olah tidak beristeri;
orang yang menangis, hiduplah seolah-olah tidak bersedih; orang yang tertawa, hiduplah seolah-olah tidak gembira; orang yang membeli barang, sifatkanlah seolah-olah barang yang dibeli itu tidak dimilikinya;
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Masa kita sudah semakin suntuk" Bab 7 surat 1 Korintus Paulus membahas tentang perkahwin, pertunagan, kedatangan Tuhan Yesus, hamba, tuan, sunat, dan meninggalkan suami atau isteri kerana berlainan iman. Perkahwin bagi Paulus bukanlah wajip malah lebih baik seorang lelaki tidak berkahwin (ay.1) tetapi kalau tidak dapat mengawal nafsu lebih baik berkahwin (ay.1-2), mereka yang sudah berkahwin mesti menunaikan kewajipan sebagi suami kepada isteri begitu isteri (ay.3).
Walaupun pun begitu Paulus menasihatkan agar tidak hanya berfikir tentang rumah tangga tetapi ingat bahawa kedatangan Tuhan Yesus masa sudah suntuk (ay.29-31). Tidak dapat dinafikan sejak awal kekristianan teologi kedatangan Tuhan Yesus (parousia) sudah diajar dan berharap berlaku pada zaman mereka, pada zaman sekarang kita semakin tidak berharap atau yakin akan berlaku pada zaman ini tetapi masih diajar teologi parousia itu.
Mari kita belajar tidak runsing sangat tentang kahwin mengawini atau tidak berkahwin, ada anak tiada anak sebab masa kita sudah semakin suntuk parousia boleh berlaku bila-bila masa sepanjang zaman.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
16.1.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment