2 Korintus 1:8-9 (AVB) Kami juga hendak memberitahumu, saudara-saudara, tentang kesusahan yang telah menimpa kami di Asia Kecil. Beban kami sungguh berat, lebih daripada yang terdaya kami tanggung, sehingga kami putus asa untuk terus hidup. Kami berasa bagaikan telah dijatuhi hukum mati. Namun demikian, itu telah berlaku supaya kami tidak lagi berharap kepada diri sendiri tetapi kepada Allah yang menghidupkan semula orang mati. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bagaikan telah dijatuhi hukum mati" Bab 1 surat 2 Korintus salam pembukaan Paulus kepada jemaah di Korintus dan semua orang Kristian di Ahkaya (ay.1) mungkin ada lagi beberapa jemaah di sana. Paulus menonjolkan teologi penderitaan yang mereka alami melayani di Asia Kecil, seolah-olah telah dijatuhkan hukuman mati (ay.9) malah putus asa untuk terus hidup (ay.8). Tetapi mereka dapat bertahan sebab bukan berharap kepada diri sendiri tetapi kepada TUHAN yang menghidupkan semula orang mati (ay.9), teologi kebangkitan boleh menjadi semangat dalam pelayanan. Kalau kita sedang menghadapi penderitaan yang sangat berat dalam pelayanan salah satu cara menghadapi ialah teologi kebangkitan. Seperti Paulus dan pasukannya walaupun banyak penderitaan di Asia Kecil tetapi mereka berjaya memberitakan Injil kepada hampir semua penduduk di sana dalam tempoh dua tahun (KPR. 19:10 TB). Itulah hebatnya Paulus dan pasukannya. Mari kita belajar bertahan dalam pelayanan walaupun bagaikan telah dijatuhkan hukum mati dan putus asa kerana melebihi daripada beban boleh ditanggung. Ibadah yang sejati tahan dalam penderitaan. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 26.1.2025.

Comments

Popular Posts