Roma 13:6-7 (AVB) Dengan sebab itu jugalah kamu harus membayar cukai. Pemerintah ialah penjawat yang ditugaskan Allah untuk mengendalikan hal itu.
Oleh itu, bayarlah apa yang wajar dibayar kepada setiap pihak: Sekiranya cukai, bayarlah cukai; sekiranya hasil, bayarlah hasil. Dan takutilah orang yang patut ditakuti, dan hormatilah orang yang patut dihormati.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bayarlah cukai" Bab 13 surat Roma berkisar tentang tunduk kepada pemerintahan (ay.1-7) dan nasihat supaya mengasihi (ay.8-14). Bagi Paulus tiada pihak berkuasa yang bukan datang dari TUHAN (ay.1), mereka yang menentang pemerintah / kerajaan menentang TUHAN dan hukuman akan menimpah mereka (ay.2). Hari ini ramai yang menentang kerajaan samalah pada zaman Paulus rakyat menentang kerajaan yang kejam seperti raja Nero hidup sezaman Paulus, tetapi Paulus menulis ayat ini pada zaman raja yang kejam itu.
kerajaan yang kita ada tidaklah sekejam raja Nero, tiada sebab tidak boleh tunduk kepada kerajaan dan kepada penjawat awam.
Ini termasuk membayar cukai (ay.6-7). Banyak cukai yang perlu rakyat bayar, ada cukai yang tanpa kita sedar kita bayar, cukai pendapatan, cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya.
Mari kita belajar bayarlah cukai pada masa yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebab alkitab juga menyuruh berbuat demikian.
Tahun baharu disambut dengan membayar cukai.
Damai sejahtera disanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
6.1.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment