1 Korintus 12:3-5 (AVB) Oleh itu, aku menyatakan kepadamu, tiada siapa pun yang bersuara di bawah pimpinan Roh Allah akan berkata: “Yesus terkutuk” dan tiada siapa pun dapat mengakui, “Yesus ialah Tuhan,” kecuali di bawah bimbingan Roh Kudus.
Terdapat berbagai-bagai kurnia, tetapi semuanya berpunca daripada satu Roh.
Ada berbagai-bagai pelayanan, tetapi hanya satu Tuhan.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Yesus ialah Tuhan" Bab 12 surat 1 Korintus berkisar tentang teologi kurnia-kurnia Roh (ay.1-11) dan kesatuan jemaah yang diibaratkan oleh Paulus seperti tubuh dengan anggota tubuhnya (ay.12-31). Jemaah Korintus mungkin binggung dengan gejala bahasa lidah yang mereka dengar dalam pertemuan ibadah (ay.10), Paulus menjelaskan gejala luar biasa itu berpunca dari Roh yang sama, ada yang diberi kurnia membuat mukjizat, bernubuat, kebolehan membeza-bezakan roh dan sebaginya (ay.11-12). Walau apa pun kurnia yang diberikan oleh Roh Kudus tidak mungkin ada karunia untuk mengutuk Tuhan Yesus tetapi mengaku Dia ialah Tuhan (ay.3). Sebab itulah bukan semua orang dapat mengaku Tuhan Yesus ialah TUHAN, hanya mereka yang diberi kurnia oleh Roh Kudus yang boleh membuat pengakuan seperti itu.
Mari kita belajar bahawa apa pun kebolehan yang kita miliki semua itu adalah kurnia Roh Kudus untuk keutuhan jemaah dan akan mengaku Yesus ialah Tuhan kalau sebaliknya itu bukan dari Roh Kudus.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
21.1.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment