2 Korintus 3:13-14 (AVB) berbeza dengan Musa yang menutup wajahnya dengan selubung supaya bangsa Israel tidak dapat memandang kemuliaan yang beransur malap. Fikiran mereka menjadi tumpul, kerana hingga hari ini, apabila mereka membaca Kitab-kitab Suci yang mengandungi perjanjian lama, selubung itu masih tetap menghalang pandangan mereka. Selubung tidak akan terbuka kecuali dalam Kristus. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Selubung tidak akan terbuka kecuali dalam Kristus" Bab 3 surat 2 Korintus berkisar tentang teologi perjanjian baru (ay.6) dan perjanjian lama (ay.14). Bagi Paulus jemaah Korintus ialah surat kiriman Kristus bukan ditulis dengan dakwat tetapi ditulis oleh Roh Kudus di hati mereka (ay.3). Itulah yang menjadikan mereka umat perjanjian baru mengetahui kehendak TUHAN, bukan lagi berasaskan pada tulis-tulisan (Taurat), sebab itu mereka dapat mengabdi kepada TUHAN (ay.6). Berbanding dengan umat perjanjian lama mereka masih ada selubung tidak dapat memahami kehendak TUHAN sebab hukum bukan ditulis di hati mereka tetapi pada loh batu yang membawa kepada kematian (ay. 6-7). Bagi Paulus percaya kepada Yesus Kristus saja selubung itu dapat dibuka dan fikiran tidak tumpul lagi (ay.14). Maksudnya mereka yang masih tidak faham penyelamatan hanya di dalam Yesus Kristus fikiran masih tumpul itulah umat perjanjian lama. Mari kita belajar bahawa selubung tidak akan terbuka kecuali dalam Kristus. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 28.1.2025.

Comments

Popular Posts