2 Korintus 6:13-14 (AVB) Oleh itu, aku berkata seperti kepada anak-anak, bukalah hatimu supaya antara kita saling berterus terang. Janganlah berpasangan dengan orang yang tidak beriman. Pasangan begitu tidak sepadan; kerana adakah persamaan antara yang benar dengan yang derhaka? Dapatkah terang bersatu dengan gelap? Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Jangan berpasangan dengan orang yang tidak beriman" Bab 6 surat 2 Korintus berkisar tentang teologi penderitaan Paulus dan pasangan suami isteri walaupun tidak disebut suami isteri tetapi kita faham itulah maksud Paulus. Antara penderitaan yang disebut Paulus ialah mereka dianggap penipu tetapi sebenarnya benar (ay.8), menghadapi kesusahan, kesulitan, kesempitan, sebatan, dipenjara, huru hara dan sebagainya (ay.4-5) inilah yang membuktikan Paulus dan pasukannya melakukan misi penginjilannya dalam Roh Kudus (ay.6) bukan sebab kepentingan sendiri. Teologi mencari pasangan pula adalah manjadi cabaran kepada umat Kristian untuk memilih pasangan yang si iman, ujian pertama iman ialah memilih pasangan, kalau tidak dapat mempertahankan iman perkara lain pun tidak dapat bertahan. Mereka yang telah memilih pasangan yang si iman ujian iman yang lain belum tentu boleh bertahan sebab itu tidak ada sebab mendabik dada. Kita semua memerlukan kekuatan dari Tuhan Yesus untuk bertahan dalam iman dalam apa juga keadaan. Mari kita belajar adalah menjadi ujian pertama orang Kristian jangan berpasangan dengan orang yang tidak beriman. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 31.1.2025.

Comments

Popular Posts