1 Korintus 16:8-10 (AVB) Namun demikian, aku akan tetap berada di Efesus sampai hari Pentakosta,
kerana pintu untuk melakukan pekerjaan besar telah terbuka luas bagiku walaupun ramai orang yang menentang.
Jika Timotius datang ke tempatmu, jangan biarkan dia berasa takut tinggal dalam kalanganmu, kerana dia juga melakukan pekerjaan untuk Tuhan, sama sepertiku.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Jangan biarkan dia berasa takut" Bab 16 surat 1 Korintus merupakan salam penutup Paulus kepada jemaah di Korintus, dia ketika menulis surat ini sedang berada di Efesus dan mahu berada di sana sehingga Pentakosta (ay.8), tetapi tiba-tiba Paulus berubah fikiran mahu pula ke Yerusalem merayakan Pentakosta, walaupun sudah diingat oleh Roh Kudus akan ada masalah yang bakal dihadapinya di Yerusalem kalau pergi ke sana (KPR. 20:21). Paulus juga mengirim Timotius ke Korintus melayani dan memohon dia tidak berasa takut dan ada yang memandang ringan atau rendah kepadanya (ay.10-11), mungkin itulah sebab muncul ada dua surat Paulus kepada Timotius untuk menguatkanya ketika berada di Korintus.
Berasa takut dan rendah diri boleh terjadi kepada siapa saja, teringat saya pertama kali dihantar bekerja di hospital Tawau pada tahun 2001 inilah perasaan yang saya alami, ke sana tanpa satu pun saya kenal. Syukurlah mereka menerima saya dengan mesra dan menghargai kehadiran saya.
Bagi para gembala muda yang pertama kali dihantar melayani tidak perlu terlalu berasa takut sebab jemaah akan menyambut kedatangan anda dengan mesra.
Mari kita belajar jangan biarkan dia berasa takut para gembala muda yang datang ke tempat kita.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
25.1.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment