Nehemia 1:1-3 (AVB) Nehemia anak Hakhalya meriwayatkan: Pada bulan Kislew tahun kedua puluh, ketika aku berada di kubu kota Susan,
datanglah Hanani, salah seorang saudaraku, bersama-sama beberapa orang dari Yehuda. Aku bertanya kepada mereka tentang orang Yahudi yang berjaya bolos, yang terselamat setelah pembuangan mereka, dan tentang Yerusalem.
Kata mereka kepadaku, “Saki-baki orang yang masih tinggal di wilayah sana, yang terselamat setelah pembuangan berada dalam kesusahan besar dan dalam keadaan tercela. Apatah lagi, tembok Yerusalem telah dirobohkan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dijilat api.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tembok Yerusalem" Kisah Nehemia bermula apabila dia bertanya keadaan rakyat yang kembali ke Yerusalem, diberitahu kepadanya mereka dalam keadaan kurang baik ditambah lagi tembok Yerusalem masih belum berjaya dibina semula. Nehemia sangat tertekan dengan berita itu, dia berpuasa dan berdoa kepada TUHAN. Tuhan Yesus memberi kita tugasan membina tembok iaitu ajaran yang benar untuk menjaga anggota jemaat supaya tidak mudah dihancurkan oleh musuh. Mari kita bertekad seperti Nehemia mahu membina semula tembok Yerusalem iaitu ajaran yang benar kepada jemaat. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 1.4.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment