2 Tawarikh 34:32-33 (AVB) Dia menyuruh semua orang yang ada di Yerusalem dan di Tanah Benyamin turut serta dalam perjanjian itu. Maka penduduk Yerusalem bertindak selaras dengan perjanjian Allah, Allah nenek moyang mereka. Yosia menyingkirkan segala berhala yang keji dari seluruh negeri milik orang Israel. Dia menyuruh semua orang yang ada di Israel beribadat kepada TUHAN, Allah mereka. Sepanjang Yosia hidup, mereka tidak menyimpang dan tetap mengikuti TUHAN, Allah nenek moyang mereka. Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini saya berkongsi tentang "Tidak menyimpang" Raja Yosia setia kepada TUHAN, tidak menyimpang menyembah ilah lain. Sejahteralah kerajaan sepanjang pemerintahannya. Tuhan Yesus memberi damai sejahtera kepada kita sekiranya kita tidak menyimpang kepada ilah lain. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 19.3.2023.

Comments

Popular Posts