2 Tawarikh 25:14-15 (AVB) Setelah Amazia menewaskan orang Edom itu, pulanglah dia sambil membawa berhala-berhala bani Seir. Didirikannya berhala-berhala itu sebagai tuhannya, lalu sujudlah dia menyembah dan membakar dupa di hadapan segala berhala itu. Oleh sebab itu menyalalah murka TUHAN terhadap Amazia. Diutus-Nya seorang nabi kepada Amazia, katanya, “Mengapakah tuanku mencari petunjuk tuhan suatu bangsa yang tidak dapat melepaskan bangsanya sendiri daripada tangan tuanku?” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Mengangkut berhala" Raja Amazia raja Yehuda yang menggantikan raja Yoas telah berperang melawan orang Edom dan menang dalam pertempuran itu. Kemudian dia mengangkut patung berhala orang Edom ke Yerusalem dan menyembahnya. TUHAN mengutus seorang nabi untuk menegur perbuatan itu, tetapi raja tidak mahu mendengar. Tuhan Yesus TUHAN kita, tidak boleh ditukar ganti dengan tuhan-tuhan yang disembah oleh orang lain. Mari kita bertekad supaya tidak seperti raja Amazia mengangkut berhala bangsa lain ke Yerusalem. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 10.3.2023.

Comments

Popular Posts